diary ku sayang =)

No one is perfect in this world. Forgive people for not knowing better and learn to move on.
AAAV

Tuesday

AV emam

Hi gais,

Berbulan x hapdet. Haha.. Masing2 busy der. Gua ngn AV tak dan nak hadap blog ni.


Hari ni nak citer sabtu lepas si AV my yayang ucuk ni demam la pulok.

Dy jarang sakit. Tapi bile dah sakit manja nye tu aihhhh.. Membuat diriku melting. Kakaka

Siap ngidam nasi goreng tomyam tuu. Yayang2..ikutkan aje selera org tgh tak sehat ni.


Si manja AV dekat klinik menunggu ubat sambil ditemani hero nya AA..kakaka


Love u AV..semoga ceria selalu k..xoxo


doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Saturday

Selembar bicara

Kita sering dilanda musibah, tetapi percayalah, Allah akan gantikan sesuatu itu lebih baik dari yang lalu...Ya Allah, perjalanan ini akanku teruskan jua selagi nyawa ini tidak terhenti...



doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Thursday

Menjiwai peranan ini bukan saranan

Di lapangan diri, saya berpesan pada hati. Andai satu masa takdir menemukan si dia dengan hati saya, belajarlah untuk terima segalanya. Belajar untuk terima suratan dalam kepastian. Harus selalu muhasabah tika dilanda musibah. Harus kembali ke dalam diri perbetulkan yang tidak pasti. Harus pasrah di saat jiwa memikul lara. Harus percaya pada suratan bukan kebetulan. Saya amat pasti, itulah realiti sepi. Datangnya bukan dipinta perginya bukan dipaksa. 
Merenung tabir semalam, banyak yang saya pelajari. Dan tak mungkin saya lupakan. Cukuplah dengan apa yang pernah saya lalui. Cukuplah dengan apa yang saya rasai. Segalanya pasti pergi jua, walaupun masih tertinggal parut lama. 
Saya tidak pernah mencari si dia yang sempurna di mata insan. Tapi cukuplah sekadar ia dekat dengan penciptaNya. Cukuplah sekadar ia melengkap tiang agama. Cukuplah sekadar ia mampu memimpin jemari saya menuju ke syurga.  Saya akui, Allah tidak jadikan tiap-tiap insan itu sempurna. Namun, andai ada si dia yang mahu menghantar saya ke jurang sana, maafkan saya. Sungguh saya tidak berdaya. 
Saya benar-benar berserah padaNya untuk segalanya. Andai saya tidak sempurna di matanya, belajarlah untuk terima saya seadanya.



doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Friday

Dunia hanya pinjaman




📒Semasa Lutfi Othman.. Pengarang Majalah Detik ketika itu ingjn mewawancara.. Tok Guru sign dokumen seakan melayangkan pen sahaja.. Lutfi berseloroh.."Tekan kuat sikit mata pen tu tok guru baru clear.." Sambil tersenyum tok guru membalas,"Ambo guno pen pejabat..Hok rakyat.. Tekan kuat takut membazir.. Kito tok buleh wat mudoh harto rakyat nih".. Dakwat pen pun jd perhitungan untung rugi...itulah Tok Guru Nik Aziz..

📒Husam Musa bekas s.u politik tok guru pernah bercerita.. Setiap kali tidur di hotel sama tok guru, tok guru tidur atas lantai dgn alas sejadah dan membiarkan katilnya kosong.. Husam berkata, "Tido atah katil Tok Guru, sejuk tubuh tu.." Tok Guru membalas, "Tido atas katil...tempat sedap..takut jenegho tok bgn tahajud..tido atas lata..tempat tok seleso..mudoh sedar nak buat tahajud".. Begitu sekali beliau merancang ibadatnya..

📒"Cuba beritahu saya mana satu yg Nik Aziz punya.. Harta saya malah tubuh saya hak Allah.. Saya pinjam jah.. Jd kita ni jgn sombong sgt dgn brg pinjam.. Kita atas muka bumi jgn bermewah sgt, Nok senang sentiasa.. Belajar hidup susah.. Takut kita dlm kubur terkejut bila mari susah (bergurau).. Jd berlatih susah dulu atas muka bumi ni.. (TG Nik Aziz, Majalah Tamadun)

Allahuakbrrrr..hebatnya almarhum TGNA dalam menjaga amalan seharian.. Diriku...

doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Biodata tok ayoh nik aziz




Jika anda belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Thursday

Tok Ayoh :_(



Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau guru kami kau murabbi kami

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau guru kami kau murabbi kami

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Murabbiku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Kau guru kami kau murabbi kami

Alfatihah tok guru kesayangan kami tok guru nik aziz nik mat . :,(





doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Penawar

Jika ia pahit, percayalah itu adalah penawarnya
Jika ia manis, percayalah ada racun disebaliknya
Jika dicampur keduanya, si pahit akan jadi penawar pada si manis buat selamanya.....

doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Tuesday

Pesanan

-nanti andai kata kalau abg tak lama kt muka bumi ni..mana tahu kan..kita hanya merancang..yg maha Esa menentukan..syg bagitahu ummi yg duit dlam bank cimb(kad ummi) tu duit utk meminang syg k..syg ambik la duit tu..mmg abg kumpul utk syg..bagi tahu je ummi cmtu.nnti dy tahu la yg mana satu..love u dunia akhirat Inia.
doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

.

Marah itu salah satu penyakit hati. Jadi apa yang terjadi kita hanya perlu senyum

Saat diri ini susah, sendirian terkontang kanting. 

doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Saturday

Sayang awak AV

Kalau Jodoh Tak Kemana - 

Kalau jodoh tak ke mana 
adinda idaman kanda

Kalau jodoh tak ke mana
kekanda idaman dinda

Biar gelap alam maya
ku cari dinda baru jumpa

Biar gelap alam maya
ku cari kanda baru jumpa

Mengapa merindu sayu
adinda ku tunggu-tunggu

Mengapa merindu sayu
kekanda ku tunggu-tunggu

Walau aral datang menghalang
dinda rindu tetap ku sayang

Walau aral datang menghalang
kanda rindu tetap ku sayang

Kalau jodoh tak ke mana
adinda idaman kanda

Kalau jodoh tak ke mana
kekanda idaman dinda

Biar gelap alam maya
ku cari dinda baru jumpa

Biar gelap alam maya
ku cari kanda baru jumpa

Janganlah termenung-menung
kekanda pujaan kalbu

Janganlah termenung-menung
adinda pujaan kalbu

Bagai pinang dengan tampuknya
dinda cincin kanda jarinya

Bagai pinang dengan tampuknya
kanda cincin dinda jarinya

Kalau jodoh tak ke mana
kekanda idaman dinda

Kalau jodoh tak ke mana
adinda idaman kanda

Biar gelap alam maya
ku cari kanda baru jumpa

Biar gelap alam maya
ku cari dinda baru jumpa

http://m.youtube.com/watch?v=Tek_pNUUh5o


doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Monday

Hanya Tuhan yg tahu.


Kadang kala, orang yang selalu tersenyum gembira itu lah yang paling derita jiwa raganya. Dan orang itu sedang berusaha sedaya upaya untuk terus kekal tabah meneruskan hidup.

Teruskan senyum dan biarkan ia dpat melupakan derita2 yang terpendam dlam hati meskipun ianya hanya untuk seketika.

Kerana seketika itu dpt memberikan kembali nafas baru dalam hidup semntra nyawa masih dikandung badan..

-AA-

doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Sunday

....


Aku tidak layak bahagia mungkin.

Xpe la..asalkan org lain bahagia

Hati ku biarkan ia mati disitu menunggu sampai masa untuk reput dan lenyap dari muka bumi


Dugaan demi dugaan

doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Tuesday

Pesan Abah


ABAH PESAN :Kecewa macam mana pun kita , jangan sesekali kita buat orang .  Biar lah orang yang buat kita , jangan kita berdendam dan jangan memaki hamun . Sekarang mungkin kita banyak kecewa . Tapi ALLAH tu Maha Adil , mana tau satu hari nanti kita dapat bahagia yang hakiki sebagai ganti dari segala duka yang pernah kita dapat sebelum ini dan dia terima balasan atas apa yang dia buat kepada kita :)





doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Monday

Diam diam seribu bahasa


Sakit kembali menyerang. Dari tengahri tdi dah strat rasa sakit dkt dada susah nk bernafas. Tapi aku diamkan aje. Xlama lagi elok la kot lepas makan ubat..

Malam nie aku melayan si AV yg nak buat sticker utk kreta dy..wlaupom sakit aku ttap kuatkan dri mngedit apa sahaja yg dipinta oleh AV..asalkan dy gembira dan tersenyum...design dah siap..esok boleh la anta kedai utk print..hehe..for u sayangku AV... <3

Tapi smpai skrng pkul 1.44 pgi still xhilang sakit tu..Ya Allah.. Dugaan dtg kembli..rahang pom sakit jugak. Mungkin kesan dari excident hari tu..

Kt bwah nie ade link kemalangan yg mmbabitkan mto..aku tgok video nie terasa seperti kemalangan aku terimbas kembali..dapat rasa kesakitan masa tu dan kejadian tu mcm berulang kembali..

Syukur aku masih lagi bernyawa..



doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

Friday

Kebenaran itu pahit


Hi..mornings all..

Hari nie laa kan..nak tanya la kann..
Kann kannn

Soalannyaa....

Kalau la kita ada penyakit..perlukah kita bagi tahu pasangan kita?..dan nanti adakah pasangan kita itu akan menerima kita dengan seadanya selepas mengetahui yang kita nie sedang sakit?.

Persoalan...........

Ramai yang takut utk mmberi tahu tentang kebenaran ..ye laa..nnti xpsal2 org yang kita syg tggalkan kita..

Ibarat nak ditelan mati mak nak diluah mati bapa..

Pendapat aku la kan..better enjoys your life..habiskan masa yang ade dgn yang tersayang..sebab kita hanya ada dia sahaja didunia nie.grab ur last chance with better life...jangan fikir tentang sakit..

Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa..



doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

AAAV 2014(in memory)


Lama xtulis blog..sejak masuk hospital.
Upss..masuk spital?..gitulah crite dy..aku kne langgar oleh kereta yg kluar smpang..

Nasib umor panjang je bohh..kalau x xdapat dah menikmati keindahan ciptaan Tuhan ni..

Kjdian berlaku masa balik kerja..sampai di satu smpang..tiba2 ase satu krete kluar dgn mngejut dan banggg aku..
Ape lagi aku dan mtor melambung ke depan..dalam hati Allah je tahu mcmmna perasaan melambung tu..rasa mcm malaikat maut dekat jee.mngucap panjang beb kot2 ade lori dri depan gilis aku trbaring atas jalan tu..siapa tahu kan..

Ajal dan maut di tangan tuhan..kalau tgok  dri keadaab motor..ramai yg ckap aku dah mati..tapi pantang maut sebelum ajal kata org tua kan..alhmdulillah aku masih bernyawa..

Masa tu hanya terfkir my future wife si AV dan family.. Dok terbayang je wajah mereka..masa dorg angkat aku ke tepi jalan..aku hanya tergamam dan berfkir adakah aku masih didunia atau alam lain..

Sebulan juga lah aku mc..beberapa hari di hospital..thanks AV sanggup datang jauh2 tgok abg..love u syggg...walaupon rehat AV kejap je..sanggup datang jauh2..


Gmbr masa dkt dlm wad..AV dgn my ummi..my ummi nie punye la excited ngn bakal menantu dy nie..siap puji lagi si AV.."beruntung dpat AV, snggup datang jauh2"..heeee..senanye ummi teruja ngn menantu pertama dy ni..salu sebut wooo nama AV kat umah...pahtu ayat febrrer dy.."bila ummi nak ade cucu nie"..

Hahaha..kwan baik aku si S pom ckap..untung laa AV dpt mertua syg kt dy..kekeke

Alhmdulillah laa Allah kurniakan aku seorang insan yg caring tentang aku..
Sayang awak AV!!!


My future wife malu nk amek gmbr dy..haha
Time nie AV teman aku g wat fisio kaki..tapi smpai sekarang kaki aku still xpulih2..xtahu la knpa..ujian Allah..

Hadirnya AV dlam hidup aku sngat bermakna..aku sayang dia sngat2!!..

Masa 2 mggu lepas kluar wad. AV ajak pergi sngai congkak..huhuhu..kenangan paling manis weiiii..dah la kami berdua jarang kluar dating cmtu..saat berharga digunakan sebaik mungkin..

Happy sngat time tu..hanya tuhan je tau betapa melonjak nya hati aku..

Xtau la bila pulak kita leh g cmtu lagi kan syg..

Kesayangan aku bergambar tepi sungai..korang jgn tgok gmbr AV lama2...tumbuk kasi sama lu..Haha

Haaa..smbung balik.aku g sana dgn kaki bengkak nyee tu..siap berbalut lagi..esoknye tu medical checkup..ambikk kauuuu..blood test sangkut..ade problem dalam darah..

Ape lagi..si dktor Harj tu ckap kne masuk wad balik..ahhhhh..tidakkkkkkkkkk

So masuk la aku wad balik utk kali kedua..spanjang dlam wad tu..brpe bnyak darah aku dorg ambik utk cek..bkn stkt darah..air kencing pom dorg ambik nk anta kt makmal..ade msalah ape ntah..dorg xgtaw details..so aku tertnya2 ape masalah yg sbnar..yg dorg ckap kandungan pottasium dlam darah aku tggi..tu je dorg gtaw..

Pasrah je laa dalam wad..dicucuk di tarik..paling siksa..Tapi tu smua lupa bila sijantung hati aku datang..my beloved AV...hihi..dy datang jee abih lupa sume sakit...ase nk bagun berlari je nk dpt kan dy..hihihi..kuat kan penangan cinta AV nie..aku syg dy sbb dy pandai wat aku gembira dan sikap dy yg manja tu..paling xleh kalau dy wat muka comel dy tu..mmg xlaaa aku ase nak cubit je pipi embam tu..huhu


Gambar kami berdua AA dan AV..


Ayat tu sbnarnya kluar dari hati..aku mmg risau kan sayang aku ni..and one more things..aku mmg paling kuat cemburu..xkireee laa..AV ckap ngn spupu dy ke ape kee..mmg aku xleh...sbb aku takut..aku takut kehilangan dy...

Susah aku nak dapatkan si AV ni..dlu dy tolak cinta aku..sbb belum bersedia katanya..tapi aku cuba dan cuba...

Sekarang dy jadi milik aku..walaupom belum secara sah...tahun depan kami nak tunang dah...ehhhh..tahun depan pulakkk..tahun nieee laaaaaaa..dah 2015 laaa hri..hu...doakan kami selamat ke anak cucu k..mcm yg my ummi nak..hehe

Aku sakit xpa..jgan AV sakit..

Btw..sedar x sedar dah thun 2015 kan..
Wow..so fast..bulan 5 thun nie nnti genap lah setahun hubungan aku dan AV..cepat masa berlalu..
 

Hujung tahun ni aku akan ikat AV..makin lama makin bnyak dugaan..sbb tu aku xnk bia lama2..lagi cepat lagi bagus..kalau boleh tahun nie jugak aku nak kawen ngn AV..

Dugaan bnyak bohhh...si AV nie dah la cntik..g mana2 ade je laki pandang dy..tu yg aku panas tu..kt tmpt kje dy lagi laa..aku ckup pantang...panass je ase..kalau dah kawen baru laa tenang skit..sape xsayang awek oiiiii..nak dpt susah..dah dpt kne la jaga btoll dok??..

Dirancang raya tahun nie my ummi akan minang si AV..tapi tu laa..AV nie bz orgnye..aku plan lama dah nk g tgok cincin ngn dy..tapi dy org penting company kan..asyik bz memanjang..so aku survey sorg2 je laa mana2 yg aku pergi..tgok mne yg cm baekkkk jee..tnya sais AV nie sais 9 xsilap aku..dlu beli cincin dy saiz 9..tapi AV nie kecik dan comel...susah nak dpt saiz tu..

Ade satu kedai tu ckap kalau nk boleh..dorg leburkan balik cincin tu then buat ikut saiz AV..tapi bayaran dy uppp skit laa jackkk..xkn free plakkkk..haha..kincing pom bayar derr..

Bnyak gak laa tmpt aku survey cari cincin masa teman mmber aku si S cari cincin kawen dy..ade jugak org tu tnya..nape xbwak tunangnye skali..kan senang leh ukur..haha..aku ckap nk wt surprised..wakakka..

Hari nie tulis kt blog..nnti si AV baca jugak..adehh..xjadi nak surprise aku..kah3..tapi nie baru skit..ade bnyak lagi yg AV akan terima...hope dy suka laa..usaha semua utk AV...

Bia laa korang nak kata apa..janji aku dpt tgok senyuman kegembiraan AV tu..puas hati aku rasa bila AV snyum..


Ni gmbr smlm aku bawak si AV nak g one city ke ape ntah namanyaa..nak makan tnpt ape namanya nie..aku pom xingt..yg dy pegang tu cm desert laa kot..aku xreti la makanan pelik2 nie..AV nak..aku pom masuk je laa mngikut kehendak istri tercinta ni..not bad laa ayam dy..sedappp..tapiiiiiiiii dy punya potato mmg out laaa..hahaha..aku makan skit..AV pom mam skit je bnde tu..xsdap..wakakaka..

K la guys..nak kul 1 pgi dah ni..esok kerja bos..lama cuti dok umah ngn teman AV rehat..hehe..

Doakan majlis pertunangan aku AA dan my future wife AV berjalan lancar bohh..aaminnn..hope xde la sbrng kesulitan..berapa bulan je lagi niehhhh..dupdapdupdap oi..

To my sayang, kita sayang kt awak..hanya awak seorang di hati ini..

#AAAV2014(in memory)
#AAAV2105(fiancé AAAV)



doakan saya dapat duduk di bintang . hehe :)

copyright@ hak milik cipta terpelihara ^___^